Sebagai permulaan, kita perlu memahami
pandangan Al-Quran tentang agama dan Allah.
Al-Quran menyarankan bahawa kesemuaagama
datangnya daripada Allah kerana Dia telah menghantar pengutus (termasuk Yesus)
ke serata dunia di sepanjang aliran sejarah; sesetengah yang dinamakan di dalam
Al-Quran manakala sesetengahnyatidak. Tidak dinafikan nabi-nabi telah dihantar ke
kawasan geografikal lain seperti Asia, Eropah,benua Amerika dan lain-lain lagi,
meskipun Al-Quran secara strategik tidak
menyatakannya secara terang-terangan kawasan geografikal mereka bagi mengekalkan pendekatan universal
dan inklusif.
Berikut adalah beberapa contoh yang
jelas.Saya akan huraikan dengan lebih lanjut ketika membincangkan subjek
monopoli Allah dan Akhirat.
“Dan
Rasul-rasul yang telah Kami ceritakan
kepadamu
sebelum ini, dan Rasul-rasul
yang
tidak Kami ceritakan hal mereka
kepadamu.
Dan
Allah telah berbicara
dengan
Nabi Musa secara langsung (tidak
ada
perantaraan).” – Quran 4:164
“Dan
sesungguhnya! Kami telah mengutus
beberapa
Rasul sebelummu; di antara
mereka
ada yang Kami ceritakan perihalnya
kepadamu,
dan ada di antaranya yang
tidak
Kami ceritakan kepadamu. Dan
tidaklah
harus bagi seseorang Rasul membawa
suatu
mukjizat melainkan dengan izin
Allah...”
– Quran 40:78. Juga rujuk kepada
21:25,
17:77, 43:6.
Malah, Al-Quran begitu tegas
menekankan pendekatan inklusif ini sehingga menyatakan bahawa umat Islam yang tidak mengakui
mana-mana utusan, sama ada dinamakan atau tidak dinamakan, sebenarnya sama dengan yang kufur!
Penganut Islam juga tidak boleh membezakan antara Rasul-rasul Allah.
“Sesungguhnya
orang yang kufur kepada
Allah dan
Rasul-rasul-Nya, dan hendak
membeza-bezakan
di antara Allah dan
Rasul-rasul-Nya,
dengan berkata: Kami
beriman
kepada setengah Rasul-rasul
itu
dan kufur ingkar kepada setengahnya
yang
lain, serta bertujuan hendak
mengambil
jalan lain antara iman dan
kufur
itu. Mereka itulah orang kafir
dengan
sebenar-benarnya. Dan
Kami
telah
menyediakan bagi orang kafir itu
azab
seksa yang menghina. Dan orang yang
beriman
kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya
dan mereka
tidak membeza-bezakan
seseorang
pun di antara Rasul-rasul
itu, (maka) mereka yang
demikian,
Allah
akan memberi mereka pahala
mereka.
Dan ingatlah adalah Allah Maha
Pengampun,
lagi Maha Mengasihani.”
– Quran
4:150-152. Juga rujuk kepada
2:136,
3:84
Bagi mengukuhkan lagi pendekatan
inklusif ini, Al-Quran menyatakan dengan jelas bahawa sejarah peradaban Islam
tidak harus dianggap bermula dari Nabi Muhammad kerana Baginda sendiri
mengisytiharkan bahawa Baginda mengikuti agama Nabi Ibrahim.
“Kemudian
Kami wahikan kepadamu:
Ikutilah
agama Ibrahim, yang berdiri
teguh
di atas jalan yang benar; dan
tiadalah
ia dari orang yang musyrik.”
– Quran
16:123. Juga rujuk kepada 16:20,
2:135,
3:95, 4:125, dan 6:61.
Dari sudut Al-Quran, Nabi Muhammad bukannya
pengasas agama Islam. Baginda merupakan pengunci, nabi yang terakhir, penutup
bagi barisan Nabi-Nabi yang telah datang sejak permulaan sejarah kemanusiaan.
“Muhammad
itu sekali-kali bukanlah
bapak
dari seorang laki-laki di antara kamu,
tetapi
dia adalah Rasulullah dan
penutup
nabi-nabi.
Dan adalah Allah Maha
Mengetahui
segala sesuatu.” – Quran 33:40.
Bagi memuktamadkan bahawa agama Islam merupakan
agama inklusif, Al-Quran menekankan bahawa bukan Nabi Muhammad tetapi
Allah yang menamakan umat Muslim sebagai Islam, terdahulu sebelum lahirnya Nabi Muhammad.
“Dan
berjihadlah kamu pada jalan Allah
dengan
jihad yang sebenar-benarnya; Dia
telah
memilih kamu dan Ia tidak menjadikan
atas kamu
menanggung susah payah dalam
perkara
agama, agama bapa kamu Ibrahim.
Ia
menamakan kamu orang Islam
semenjak
dahulu, dan di dalam Al-Qur’an
ini,
supaya Rasulullah menjadi saksi
yang
menerangkan kebenaran perbuatan
kamu,
dan supaya kamu pula layak
menjadi
orang yang memberi keterangan
kepada
umat manusia (tentang
yang
benar dan
yang salah). Oleh itu dirikanlah
salat,
dan berilah zakat, serta berpegang
teguhlah
kepada Allah! Dialah Pelindung
kamu.
Maka Dialah sahaja sebaik-baik
pelindung
dan sebaik-baik pemberi
pertolongan.”
- Quran 22:78
Jika kita menjadikan Al-Quran sebagai
bukti, hampir kesemua buku sejarah Islam, sama ada yang ditulis oleh Muslim atau bukan
Muslim, yang mengaitkan Nabi Muhammad sebagai pengasas Islam sebenarnya bertentangan dengan ajaranAl-Quran.
Sebenarnya lebih tepat lagi kalau kita
melihat buku-buku ini sebagai sejarah
orang Arab, sumbangan mereka terhadap peradaban,dan pembinaan empayar
berasaskan fahaman baru mereka, iaitu Islam. (Di sinilah sejarawan Albert Habib Hourani betul dalam
menamakan buku beliau “A History of the Arab Peoples” – “Sejarah Orang Arab”)
Berpandukan Al-Quran, sejarah manusia bermula
dengan Nabi Adam, manusia bertamadun pertama (ciptaan yang dikurniakan
kuasa pemikirankonseptual, bahasa dan kebolehan bertutur. Rujuk Quran 2:31).
Maka, sejarah Islam merangkumisejarah dunia, bukannya sejarah orang Arab
sahaja.
“Dan
(ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan
zuriat
anak-anak Adam dari (tulang)
belakang
mereka, dan Ia jadikan mereka
saksi
terhadap diri mereka sendiri,
(Firman-Nya):
Bukankah Aku Tuhan
kamu?
Mereka menjawab: Benar, kami
menjadi
saksi. Yang demikian supaya
kamu
tidak berkata pada hari Kiamat
kelak:
Sesungguhnya kami orang yang
lalai
tentang (hakikat tauhid) ini.” – Quran
7:172.
Juga rujuk kepada 7:31, 7:70, 2:33,
2:37,
7:27.
“Wahai
anak-anak Adam! Jika datang
kepada
kamu Rasul-rasul dari kalangan
kamu
yang menceritakan kepada kamu
ayat-ayat
perintah-Ku,
maka sesiapa yang
bertakwa
dan memperbaiki amalnya, tidak
ada
kebimbangan terhadap mereka, dan
mereka
pula tidak akan berdukacita.”
- Quran
7:35
Anggapan kurang tepat bahawa sejarah
Islam bermula dari zaman Nabi Muhammad inilah yang selama bertahun-tahun lamanya telah
menyebabkan orang Muslim tersimpang daripada pendekatan universal terhadap Islam. Lantas umat
Islam berubah menjadi lebih eksklusif. Ini bertentangan
dengan ajaran asasnya sebagai agama
yang merangkumi semua masyarakat dan tradisi keagamaan. Lama-kelamaan, masyarakat
Islammula mengambil monopoli terhadap Allah dan Akhirat, menyebabkan pendekatan yang
membezakan antara ‘kita’ dan ‘mereka’. Oleh sebab itu, ajaran Al-Quran bahawa semua yang
beribadat dalam gereja-gereja, tempat ibadat, tempat pertapaan, biara-biara dan
masjid-masjid pada asasnya menyembah Allah yang Satu langsung tidak diketengahkan (rujuk Quran 22:40 di
mukasurat
31).
Al-Quran mengatakan,
“Sesungguhnya
(agama tauhid) ini, adalah
agama
kamu semua, agama yang satu , dan
Aku
adalah Tuhanmu, maka bertakwalah
kepada-Ku.” - Quran
23:5
Bersambung....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan