Al-Quran dan Umat Kristian
Al-Quran
tidak menyangkal mahupun menerima agama Kristian sebulat-bulatnya. Al-Quran tidak
bersetuju dengan tafsiran agama Kristian tentang sejarah, terutamanya mengenai
Nabi Isa. Bagi
Al-Quran, Yesus adalah seorang nabi, iaitu Nabi Isa dan baginda bukan anak
Allah. Oleh itu Al-Quran menolak konsep Triniti (rujuk Quran 4:171).
Menurut
Al-Quran, Nabi Isa tidak meninggal dunia di atas salib ataupun dibangkitkan.
Al-Quran menyarankan bahawa Nabi Isa masih hidup selepas penyaliban dan
kemudiannya meninggal dunia sama
seperti nabi-nabi sebelum baginda (rujuk Quran 5:75, 4:157). Nabi Isa adalah
serupa dengan Nabi Muhammad dan rasul-rasul yang sebelumnya (rujuk Quran 3:144,
21:7-8, 25:20) yang datang ke muka bumi ini, melaksanakan tugas mereka dan akhirnya
meninggal dunia (rujuk Quran 3:185).
Al-Quran
juga turut menentang mana-mana agama tidak kira Yahudi, Kristian atau tradisi
lain yang mencadangkan pengikut agama selain agama mereka ditakdirkan untuk
menghadapi kemusnahan semasa hari kiamat; ini sekiranya agama Kristian ingin
memonopoli Allah dan perlindungan-Nya (rujuk kepada ayat-ayat Quran sebelum
ini).
Bagi
pengikut Kristian pula, sekali lagi, tidak terdapat sangkalan atau penerimaan
sebulat-bulatnya. Terdapat mereka yang bersifat buruk, tidak adil dan
pentingkan diri sendiri (rujuk Quran 5:51-52), dan
terdapat mereka yang baik dan berusaha menegakkan keadilan.
“Ahli-ahli Kitab itu tidaklah sama.
Di
antaranya ada golongan yang tetap; mereka
membaca ayat-ayat Allah di waktu
malam, dan mereka sujud (solat).”
– Quran 3:113
Dan di
antara orang-orang Kristian yang baik adalah mereka yang sama seperti seorang Muslim
yang baik - bersifat memahami, mengambil berat tentang akhirat dan tidak
sombong.
“Sungguh engkau akan dapati manusia
yang keras sekali permusuhannya kepada
orang yang beriman ialah orang Yahudi
dan orang musyrik. Dan
sesungguhnya
engkau akan dapati orang yang dekat
sekali kasih mesranya kepada orang
yang beriman ialah orang yang
berkata:
Bahawa kami ini orang Nasrani.
Yang
demikian itu, disebabkan ada di
antara
mereka pendeta dan ahli ibadat,
dan kerana mereka tidak berlaku
sombong.”
- Quran 5:82
Kesimpulan
Memang
jelas bahawa penggunaan istilah Allah untuk merujuk kepada Tuhan dalam Bible bukan
sahaja dibenarkan, malah ia diseru dalam Al-Quran. Bukankah ini suatu ironi?
Saya
ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara-saudari beragama Kristian atas
usaha mereka untuk menjadikan Allah sebagai nama.Tuhan yang universal dan ingin
menggunakan istilah itu
untuk merujuk kepada Tuhan dalam Bible.
Tetapi
anda tidak harus berhenti di situ.
Anda harus
juga berusaha keras untuk memastikan bukan sahaja Bible dalam Bahasa Indonesia
dan Bahasa Malaysia sahaja yang menggunakan istilah Allah, malah semua
penterjemahan lain tidak kira Bahasa Jepun, Inggeris, Rusia atau Hindi
menggunakan istilah yang sama. Masyarakat Kristian dari Malaysia boleh memimpin
masyarakat Kristian sedunia untuk menjadikan Allah sebagai nama
universal untuk Tuhan dengan sokongan kukuh saudara-saudari Muslim mereka. Apa
sahaja yang dapat merapatkan perhubungan kita harus disokong. Nama Allah yang
dikongsi secara universal untuk merujuk kepada Tuhan nampak sebagai permulaan
yang wajar. Kegagalan
untuk melakukan sedemikian akan mewujudkan ketidakpercayaan kerana istilah yang
betul untuk ‘God’ dalam
Bahasa Malaysia adalah Tuhan. Masyarakat Muslim akan mempersoalkan konsistensi
dan kejujuran anda. Kerana isu
sebenar di sini adalah Kepercayaan. Bukannya isu teknikal berkaitan penggunaan
istilah Allah, Tuhan, Elohim, Elah dan sebagainya
. Isu ketidakpercayaan antara kita harus menjadi fokus. Inilah
yang perlu kita utamakan.
Terdapat tiga peringkat ketidakpercayaan
Pertama,
kita tidak saling mempercayai. Masyarakat Muslim menganggap bahawa niat masyarakat
Kristian tidak konsisten kerana ingin menggunakan istilah Allah dalam Bible
Bahasa Malaysia
tetapi tidak dalam penterjemahan lain. Ini dilihat sebagai komplot untuk
menyebarkan agama Kristian kepada masyarakat Melayu Muslim.
Masyarakat
Kristian pula menganggap bantahan masyarakat Muslim dalam penggunaan istilah
tersebut sebagai satu lagi strategi untuk menyekat penyebaran agama Kristian
kepada umat Muslim
di Malaysia. Perasaan ini telah terpahat secara mendalam dalam jiwa masyarakat
Kristian kerana mereka mendapati undang-undang penukaran agama di Malaysia
tidak adil (sila rujuk Al-Quran 83:1-3
and 5:8 untuk melihat pendirian Al-Quran dalam hal ini).
“Dan tidaklah ada yang lebih zalim
daripada orang yang diberi ingat dengan
ayat-ayat Tuhannya, kemudian ia
berpaling daripadanya, sesungguhnya
Kami tetap membalas orang yang tidak
berdosa (apa lagi orang yang zalim).”
– Quran 32:22
Kedua,
kita tidak mempercayai diri sendiri. Masyarakat Muslim kurang yakin dengan umat
Islam sendiri dan mereka merasakan keimanan orang Muslim akan tergugat jika agama
lain menggunakan istilah Allah. Masyarakat Kristian pula kurang yakin bahawa
hanya dengan mempamerkan sifat-sifat
seperti Yesus adalah cukup untuk membolehkan masyarakat lain tertarik kepada
kepercayaan mereka.
Namun,
yang paling memudaratkan adalah kurang keyakinan terhadap Allah atau ‘God’ atau Tuhan
atau mana-mana nama lain yang digunakan untuk-Nya. Kedua-dua komuniti Muslim
dan Kristian
gagal untuk mempercayai bahawa Allah akan bersama mereka yang berniat baik dan
menyayangi semua yang mempercayai-Nya. Jikalau kita berbuat demikian, jika kita
betul-betul teguh beriman maka tiada apa-apa yang perlu kita takutkan.
Kegagalan
mempunyai iman yang teguh akan membuat kita lemah, tidak yakin dan hilang panduan.
“Bahkan (taatlah kepada) Allah Pelindung
kamu, dan Dialah sebaik-baik Penolong.”
- Quran 3:150
Jun 08, 2008
Tiada ulasan:
Catat Ulasan